Perang Israel-Hamas: Angka korban terus meningkat

Penduduk Palestin membawa mangsa yang maut akibat serangan udara dilancarkan rejim Zionis di Lintasan Sempadan Erez yang menghubungkan dengan utara Genting Gaza. - Foto AFP
Penduduk Palestin membawa mangsa yang maut akibat serangan udara dilancarkan rejim Zionis di Lintasan Sempadan Erez yang menghubungkan dengan utara Genting Gaza. - Foto AFP
A
A
A

GENTING GAZA - Konflik terbaharu antara Hamas-Israel menyaksikan jumlah korban terus meningkat pada Sabtu.

Jurucakap Hospital al-Shifa memaklumkan sekurang-kurangnya sembilan dilaporkan terkorban di Genting Gaza selepas rejim Zionis melancarkan serangan udara sebagai tindak balas terhadap hujan roket yang dibedil Hamas.

"Angka korban dijangka meningkat memandangkan peperangan masih berterusan," kata wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian.

Sementara itu, jumlah korban di Israel dilaporkan mencecah kepada sekurang-kurangnya 40 orang manakala 779 yang lain cedera dan kebanyakannya ialah orang awam.

Ketika ini, platform media sosial turut dibanjiri rakaman video yang memaparkan mayat bergelimpangan dan orang awam melarikan diri ketika siren amaran dibunyikan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!