Silat kini tidak dilihat bermisai tebal, memakai tangkal

Seni silat di inovasi mengikut peredaran zaman supaya warisan tersebut kekal relevan.
Seni silat di inovasi mengikut peredaran zaman supaya warisan tersebut kekal relevan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seni silat di inovasi mengikut peredaran zaman supaya warisan tersebut kekal relevan, tidak dilihat berunsur ganas sebaliknya berfungsi membentuk jati diri.

Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Datuk Maideen Kadir Shah berkata, persatuan kini mengembangkan seni warisan itu di peringkat sekolah dengan mencipta senaman Ta Ba Ta yang menggabungkan 'buah' silat dengan muzik untuk menarik minat anak-anak kecil dengan aktiviti sihat.

Beliau yang juga Guru Utama seni berkenaan berkata, sepanjang 58 tahun penubuhan, persatuan berusaha meyakinkan masyarakat yang silat banyak membawa kebaikan dalam pembangunan jati diri selari hasrat memastikan negara dalam keadaan aman dan sejahtera.

Persembahan silat oleh pesilat PSSCM.
Persembahan silat oleh pesilat PSSCM.

"Kita mahu orang yang mempelajari seni silat ini berpegang kepada prinsip, sebagai warganegara perlu ada tanggungjawab mempertahankan agama bangsa dan negara.

"Silat ini sentiasa berubah ikut peredaran masa, silat kini bukan digambarkan bermisai tebal atau memakai tangkal. Kita tidak mahu silat itu dipandang dari sudut negatif," katanya pada Program Semarak Seni Silat Warisan Kita di hadapan Kompleks Sogo pada Sabtu.

Program berlangsung bermula jam 2 petang itu dimeriahkan dengan persembahan seni silat cekak selain peserta turut berpeluang menyertai senaman Ta Ba Ta.

Maideen (berdiri lima dari kiri) apda pelancaran logo baharu PSSCM di hadapan Kompleks Sogo pada Sabtu.
Maideen (berdiri lima dari kiri) apda pelancaran logo baharu PSSCM di hadapan Kompleks Sogo pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Maideen berkata, pihaknya mempunyai perancangan untuk mengadakan program sama secara bulanan susulan penyertaan peserta yang ramai dan perlu diadakan aktiviti untuk kekal aktif.

Ujarnya, persatuan akan bekerjasama dengan DBKL bagi penyediaaan tempat supaya kami boleh buat persembahan untuk dipertonton kepada orang awam selain turut akan mengajak pesilat-pesilat dari persatuan lain untuk turut serta.

Pada program sama, turut dilancarkan logo PSSCM baharu yang memasukkan eleman warna kuning sebagai simbolik kedaulatan.

"Ia selepas Sultan Kedah, telah perkenan menjadi penaung seumur hidup kepada PSSCM.

"Logo ini telah kali keempat diperbaharui sejak 1971 bertujuan untuk disesuaikan dengan situasi semasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!