Polis dapat petunjuk positif kes bunuh perunding acara

Noor Azam menyampaikan risalah pencegahan jenayah kepada pengguna perkhidmatan MRT di stesen Sungai Buloh.
Noor Azam menyampaikan risalah pencegahan jenayah kepada pengguna perkhidmatan MRT di stesen Sungai Buloh.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis Selangor memaklumkan bahawa pihaknya mendapatkan petunjuk positif berhubung kes pembunuhan seorang perunding acara di sebuah kondominium di Jalan Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata buat masa ini pihaknya telah mengenalpasti suspek terlibat namun maklumat terperinci berhubung perkara itu masih tidak dapat didedahkan.

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi menggelakkan siasatan polis terganggu dan membuka peluang buat suspek untuk melarikan diri.

"Kita ada petunjuk positif tapi saya tak boleh nyatakan lagi takut ganggu siasatan kami.

"Dan tangkapan akan dilakukan secepat mungkin," katanya kepada media selepas Pelancaran Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) 7 Polis Selangor bersama Prasarana Malaysia Berhad yang berlangsung di Stesen MRT Sungai Buloh hari ini.

Sebelum ini, mangsa berkenaan ditemui mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada dan perut di sebuah kondominium di Jalan Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang.

Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang serta berlumuran darah oleh rakannya kira-kira pukul 1 pagi yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis.

Berikutan itu, polis sedang menjalankan siasatan rapi bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!