McTominay beri talian hayat buat United

McTominay. Foto AFP
McTominay. Foto AFP
A
A
A

PEMAIN sensasi, Scott McTominay memacu kemenangan Manchester United yang bangkit menewaskan Brenford 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus membantu The Red Devils keluar daripada belenggu prestasi tidak menentu awal musim ini.

Lebih mendebarkan jaringan tersebut terhasil ketika masa kecederaan yang menjadi talian hayat buat skuad bimbingan Erik ten Haq itu setelah mengalami kekalahan keempat daripada tujuh aksi liga sebelum ini.

The Red Devils berada dalam ambang kekalahan selepas Mathias Jensen membuka tirai jaringan pada minit ke-26 dengan bantuan kesilapan penjaga gol, Andre Onana.

Kekalahan ketiga di Old Trafford dalam tempoh lapan hari pasti meningkatkan tekanan buat ten Hag, namun McTominay muncul sebagai penyelamat United.

Pemain tengah itu hanya masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-87, namun dia meneruskan persembahan baik bersama Scotland akhir-akhir ini dengan meledak buat kelabnya pada masa yang tepat.

"Ini menjadi titik perubahan dan kebangkitan dalam kebangkitan United. Sikap kami sebagai satu pasukan dan individu," kata ten Hag.

Dalam aksi itu ten Haq mengeluarkan pemain bintang Casemiro dan Marcus Rashford pada babak kedua.

Di sebalik aksi buruk United sejak akhir-akhir ini, McTominay mencuri peluang untuk menyinar dengan dua gol pada minit ke-93 dan 97.

Artikel Berkaitan:

"Scott hadir dengan sikap yang betul, penuh bertenaga. Dia bertekad untuk menghasilkan gol dan berhasil.

"Dia adalah United, sering berjuang demi lencana, demi jersi dan kelab ini. Dia akan memberikan segala-galanya," ujar ten Hag.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!