Umat Islam diminta solat hajat, baca Qunut Nazilah untuk Palestin

Palestin terus bermandi darah dengan keganasan Israel apabila mengorbankan lebih ramai rakyat Palestin.
Palestin terus bermandi darah dengan keganasan Israel apabila mengorbankan lebih ramai rakyat Palestin.
A
A
A

KOTA BHARU - Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyeru seluruh umat Islam di negara ini mengadakan solat hajat dan bacaan doa Qunut Nazilah sebagai solidariti kepada rakyat Palestin.

Menurut beliau, ia susulan pergolakan yang berlaku di Palestin terutama melibatkan serangan balas tentera dari kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islami melalui operasi ketenteraan mengejut ke atas negara haram Israel yang dikenali sebagai 'Taufan Al-Aqsa' dua hari yang lalu.

"Solat hajat dan bacaan itu boleh dilakukan di masjid-masjid atau premis masing-masing pada masa bersesuaian.

"Saya menyeru agar semua umat Islam bersatu dan bersoladiriti demi kebebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, Palestin yang sentiasa bergolak serta dijajah secara haram sejak berabad yang lalu.

Ujarnya, ia juga termasuk ekoran pencerobohan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa oleh rejim zionis dengan pelbagai cara.

Ahmad memberitahu, situasi itu akan semakin getir melalui serangan yang diperhebatkan oleh pejuang Palestin ke atas rejim zionis dan pastinya akan ada pertempuran sengit antara kedua-dia pihak.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Palestin terus bermandi darah dengan keganasan Israel apabila mengorbankan lebih ramai rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan:

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, hampir 1,000 lagi penduduk cedera dalam serangan udara Israel di semenanjung Gaza.

Israel dihujani serangan roket yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari semenanjung Gaza.

Tentera Israel mendakwa, kumpulan Palestin melancarkan lebih 2,000 roket dan berpuluh-puluh pejuang Palestin menyusup ke kawasan sempadan di selatan Israel.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!