Gelaran ketiga F1 amat membanggakan - Verstappen
JUARA dunia Formula Satu (F1) buat kali ketiga berturut-turut Max Verstappen menyifatkan kejayaan mengungguli Grand Prix (GP) Qatar awal pagi Ahad sebagai pencapaian yang membanggakan.
Pelumba Red Bull berusia 26 tahun itu yang menjadi juara pada 2021 dan 2022 menduduki tempat kedua di belakang Oscar Piastri dari McLaren, manakala pelumba McLaren, Lando Norris ketiga.
“Ini adalah yang terbaik. Saya rasa yang pertama adalah paling emosional apabila impian anda dipenuhi, tetapi ini pastinya tahun terbaik saya untuk tiga kemenangan berturut-turut.
“Jadi inilah yang paling saya banggakan kerana konsisten,” katanya.
Verstappen memenangi 13 daripada 16 perlumbaan GP setakat ini, merebut gelaran itu dengan baki enam perlumbaan - satu ukuran penguasaan yang jarang dicapai sejak Michael Schumacher memenangi tujuh kali untuk Ferrari pada 2002.
“Saya tidak pernah bermimpi untuk melakukannya. Ia adalah detik yang sangat membanggakan untuk diri dan keluarga terdekat saya.
“Saya rasa semua orang dalam pasukan bangga dapat bekerjasama dan melalui detik ini bersama-sama. Ia menakjubkan,” ujar Verstappen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!