90 peratus graduan Mara jadi 'rebutan' di pasaran kerja

Fazli Rizal (dua dari kiri) bersama Faisalludin (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang bekerjasama menjayakan Majlis Penutup Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Negeri Kelantan 2023 di SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh.
Fazli Rizal (dua dari kiri) bersama Faisalludin (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang bekerjasama menjayakan Majlis Penutup Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Negeri Kelantan 2023 di SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh.
A
A
A

PASIR PUTEH - Lebih 90 peratus graduan yang menamatkan pengajian di pusat pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjadi rebutan dalam pasaran pekerjaan.

Pengarah Mara Kelantan, Fazli Rizal Ismail berkata, keyakinan tinggi itu disebabkan oleh sukatan pengajian yang ditawarkan mengikut selera pihak industri sekali gus menjadikan graduan terus diterima bekerja.

"Di Mara, kami sentiasa melibatkan pemain industri dalam penyediaan silibus pengajian.

"Hal ini bagi memastikan apa yang mereka pelajari di Mara relevan dan menepati citarasa industri," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.

Sebelum itu beliau hadir pada Majlis Penutup Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Negeri Kelantan 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara, Faisalludin Mohamat Yusuff.

Menurut Fazli Rizal, setiap dua tahun sekali sukatan pelajaran di Mara akan dikemas kini.

Ujarnya, kebolehpasaran lulusan pendidikan Mara ini telah berjaya melepasi peringkat nasional.

Artikel Berkaitan:

Beliau memberitahu, Mara turut membekalkan pelajar dengan kemahiran berkait dengan keusahawanan.

"Pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tidak perlu risau, kerana Mara menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti.

"Peluang pekerjaan tersedia selepas menamatkan pengajian ataupun jika tidak berminat makan gaji, mereka boleh menjadi usahawan dan menggunakan fasiliti dan kemudahan ekosistem yang disediakan oleh Mara itu sendiri," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!