Peserta Ironman, Mui Mahmud meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd, Muhaini Mahmud, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, pada petang Ahad.
Allahyarham Muhaini, 44, yang lebih dikenali sebagai Mui, meninggal dunia selepas ditidurkan bagi menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), susulan lemas dalam satu kejohanan triathlon Ironman di Langkawi pada hari sebelumnya.
Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga terdekatnya kepada Astro AWANI.
Sementara itu, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah turut berkongsikan berita sedih itu di laman Facebook beliau.
“Innalillahiwainailaihirajiun. See you when I see you Mui. I lost one good friend who never fail to wish me Happy Birthday every year and my birthday is just in 2 weeks!
“Kan we promised to makan-makan to celebrate 45 years of our 'HOT' achievements. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!