Lelaki Orang Asli maut jatuh pokok kelapa

Lokasi penemuan mayat mangsa di kawasan perumahan Jalan Benus di sini pada Ahad.
Lokasi penemuan mayat mangsa di kawasan perumahan Jalan Benus di sini pada Ahad.
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki Orang Asli maut dipercayai terjatuh dari pokok kelapa sebelum mayatnya ditemui dalam longkang berhampiran di kawasan perumahan Jalan Benus di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, penemuan mayat mangsa dikenali sebagai Jeka Gedeng, 36, dilaporkan kepada polis kira-kira jam 8.55 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tempat tinggi berkemungkinan telah memanjat sebatang pokok kelapa yang berada di sebelah longkang tersebut.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat.

"Punca kematian disebabkan pendarahan di dalam perut," katanya.

Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menularkan maklumat tidak sahih dan membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!