Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya

Keadaan motosikal dan basikal milik kedua-dua mangsa yang melekat di lokasi nahas di Mambang Diawan, Kampar pada Ahad. - Foto Ihsan polis (Gambar kecil: Fatullah)
Keadaan motosikal dan basikal milik kedua-dua mangsa yang melekat di lokasi nahas di Mambang Diawan, Kampar pada Ahad. - Foto Ihsan polis (Gambar kecil: Fatullah)
A
A
A

KAMPAR - Dua lelaki termasuk anggota bomba maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan basikal di Kilometer 39.4, Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Diawan di sini pada Ahad.

Nahas sekitar jam 8.20 malam itu mengorbankan mangsa, Fatullah Mohammed, 28, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dan pengawal keselamatan, M Sundravello, 62.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.

"Setibanya di tempat kejadian mendapati kedua-dua kenderaan masih melekat dan berada bahu jalan yang menghala ke Teluk Intan.

"Anggota terbabit ditemukan terbaring di tengah jalan manakala warga emas itu pula berada di laluan bertentangan dengan jarak 14 meter dari mangsa pertama," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kedua-dua kenderaan disita untuk pemeriksaan pihak Puspakom.

"Polis sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua BBP Kampar, Mohd Hisyam Zakariah berkata, mangsa yang masih bujang bertugas di bahagian operasi sejak setahun lalu.

"Beliau tidak bertugas pada hari kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Sungai Peria, Kuala Krai, Kelantan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!