Warga emas maut nahas kereta dengan treler

Kereta yang dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan treler dalam kejadian awal pagi Isnin.
Kereta yang dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan treler dalam kejadian awal pagi Isnin.
A
A
A

BATU KAWAN - Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 158 Lebuhraya PLUS di sini pada awal pagi Isnin.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Mohd Faizal Khan Mohd Hasan berkata, mangsa dikenali sebagai R Thamudoran, 63, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi Isnin melibatkan kereta jenis Perodua Kembara dengan sebuah treler.

"Kita menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 1.45 pagi. Maklumat mengatakan ia berlaku dari Jawi menghala ke Bukit Tambun yang mengakibatkan mangsa mati di lokasi kejadian.

"Kemalangan telah mengakibatkan pemandu kereta tersepit di bahagian kaki dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang tiba di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kata beliau, pihaknya yang mendapat bantuan daripada BBP Nibong Tebal melakukan 'size up' dan mengarahkan anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas, 'Rescue Tool'.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.15 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat pada jam 3.01 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!