UMP Advanced anjur larian sempena ulang tahun ke-10

Seramai 200 peserta telah menyertai larian itu yang merupakan julung kali dianjurkan oleh UMP Advanced.

A
A
A

Dari kiri: Mohd Sharil, Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi, Dr. Ahmad Johari dan Pengarah Kolej Komuniti Pekan, Muhammad Azwan Ja’afar menyempurnakan upacara pelepasan peserta Fun Run UMP Advanced yang didakan di Tasek Kotasas pada Sabtu.

KUANTAN – UMP Advanced mengambil inisiatif menganjurkan program Fun Run UMP Advanced sempena ulang tahunnya yang ke-10 di Tasek Kotasas,di sini pada Sabtu.

Seramai 200 peserta telah menyertai larian itu yang merupakan julung kali dianjurkan oleh UMP Advanced.

Majlis pelepasan larian itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, Datuk Mohd Sharil Abdullah, bersama Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli.

Antara kakitangan UMP Advanced yang menjayakan program larian.
Antara kakitangan UMP Advanced yang menjayakan program larian.

Pengurus Besar Jabatan ODL dan Microcredential, Dr. Ahmad Johari Mohamad berkata, larian tersebut merupakan simbolik untuk meraikan ulang tahun ke-10 UMP Advanced yang diperbadankan pada 2 Oktober 2013 sebagai sebuah syarikat persendirian dan merupakan anak syarikat UMPSA.

“Sebanyak dua kategori yang dipertandingkan iaitu lima kilometer (km) dan 10 km dalam larian ini. Laluan larian telah bermula dari Tasek Kotasas dan sekitarnya,”kata Dr. Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Mohd Sharil bersama peserta menyertai acara senamrobik.
Mohd Sharil bersama peserta menyertai acara senamrobik.

Beliau berkata, untuk menyertai larian itu, para peserta hanya perlu membayar RM50 bagi lima km dan RM60 bagi penyertaan 10 km.

“Para peserta yang menyertai larian ini akan menerima baju-T dan pingat. Mereka juga berpeluang membawa pulang hadiah menarik berbentuk wang tunai serta pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk barangan peralatan sukan jenama Decathlon,” katanya.

Peserta juga turut menyertai acara senamrobik yang diadakan.
Peserta juga turut menyertai acara senamrobik yang diadakan.

Larian tersebut juga mendapat tajaan ABC Eventz, Mutiara Biru Ehsan Sdn. Bhd, SREE Knowledge Sdn. Bhd dan Bank Islam Sdn. Bhd.