16 ditahan terlibat judi sabung ayam

Polis menyerbu tempat judi laga ayam dan menahan 16 lelaki dalam serbuan itu.
Polis menyerbu tempat judi laga ayam dan menahan 16 lelaki dalam serbuan itu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Polis menahan 16 lelaki termasuk tiga warganegara asing berusia antara 20 sehingga 60 tahun kerana terlibat dalam judi sabung ayam di Felda Tunggal dekat sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Nik Azaham Nik Aziz berkata, mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang melakukan operasi tersebut pada jam 12 tengah hari.

"Dalam operasi tersebut pihak polis merampas lapan ekor ayam dan peralatan laga ayam serta wang tunai RM5,473.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, reman terhadap semua suspek di Mahkamah Majistret Kota Tinggi dibuat bermula Isnin sehingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ujar beliau, kes turut disiasat di bawah Seksyen 32(1)(a) dan Seksyen 32(2) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka juga katanya, disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 25(1)(n) dan Sekyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

"Polis memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti ini," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!