Kemenangan bermakna Arsenal

Martinelli - Foto AFP
Martinelli - Foto AFP
A
A
A

KEJAYAAN Arsenal menewaskan Manchester City amat bermakna buat The Gunners selepas ia menamatkan penantian kemenangan lapan tahun dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates pada Ahad.

Pemain gantian Gabriel Martinelli muncul wira The Gunners apabila meledak gol pada lewat permainan untuk memastikan kemenangan 1-0.

The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta berkongsi 20 mata dengan pendahulu liga seteru London, Tottenham Hotspur.

“Ia amat istimewa. Sudah lama kelab ini tidak menewaskan City. Kami menjangkakan ini adalah harinya tetapi perlu beraksi dengan baik untuk melakukannya.

“Pemain-pemain sangat berdisiplin, mereka sering mendapatkan bola. Kami kekurangan di bahagian serangan, tetapi secara keseluruhan suasananya amat mengagumkan,” kata Arteta.

Percaturan Arteta memasukkan pemain sayap Brazil, Martinelli ketika rehat ternyata membuahkan hasil, selain dua lagi pemain gantian, Thomas Partey dan Kai Havertz turut memainkan peranan dalam jaringan tersebut.

The Gunners tidak menikmati kemenangan liga ke atas The Citizens dalam 15 aksi, selepas tewas 12 kali berturut-turut sebelum pertembungan di Emirates membabitkan dua pasukan yang bersaing untuk kejuaraan musim lalu.

“Ia memberi mesej kepada pasukan, bahawa mereka terus percaya dengan apa yang mereka lakukan. Mereka adalah kumpulan pemain yang hebat.

Artikel Berkaitan:

“Semua pemain meraikan dan sangat gembira. Saya rasa semua orang akan menghadapi perlawanan seterusnya menentang Chelsea di tempat lawan (pada 21 Oktober) dengan emosi sebenar.

“Perasaan yang hebat, anda boleh rasakan sudah bertahun-tahun tidak mengalahkan mereka. Kami menewaskan pasukan terbaik di dunia dengan cara yang hebat. Ada beberapa saat kami terpaksa menderita,” ujar Arteta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!