Liverpool kecewa diikat Brighton
KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk tidak dapat menyembunyikan kekecewaan setelah The Reds gagal mengutip tiga mata ketika terikat 2-2 dengan Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman lawan pada Ahad.
“Kami datang untuk menang.
Saya rasa kami mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
Aksi yang sukar dan terbuka pada masa-masa tertentu.
“Ia agak seimbang, tetapi melihat kepada pasukan, kami mempunyai peluang untuk menang,” katanya.
Pada aksi itu, pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-20 menerusi jaringan Simon Adingra.
Liverpool kemudian menyamakan kedudukan menerusi pemain sensasi, Mohamed Salah pada minit ke-40.
Pemain Mesir itu sekali lagi meledak pada masa kecederaan babak pertama menerusi sepakan penalti.
Kapten Brighton, Lewis Dunk bagaimanapun menafikan kemenangan The Reds apabila menyumbat gol penyamaan pada minit ke-78.
Dunk meluahkan rasa gembira dengan keputusan tersebut dan ia menjadi penyuntik semangat buat mereka untuk beraksi dengan lebih baik pada aksi akan datang.
“Kami perlu menjadi lebih baik daripada itu.
Kami menunjukkan watak yang hebat untuk kembali dan mendapat keputusan seri,” ujar Dunk.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!