Lelaki hilang selepas COD iPhone rupanya lari dari pemungut hutang

Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Hussein
Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang didakwa hilang sejak 3 Oktober lalu selepas menjalankan urusan penjualan telefon bimbit dengan pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang dipercayai melarikan diri daripada pemungut hutang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati lelaki itu dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian jenayah berlaku terhadapnya.

Menurutnya, lelaki terbabit juga telah tampil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Ahad.

"Siasatan dijalankan mendapati mangsa sebenarnya melarikan serta menyembunyikan diri daripada pemungut hutang," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, berikutan itu, tiada sebarang kertas siasatan dibuka berhubung kejadian tersebut.

Sabtu lalu, ibu saudara kepada lelaki itu menerusi Instagram memaklumkan, anak saudaranya yang didakwa hilang sebelum ini telah kembali dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun wanita itu memaklumkan muka dan badan anak saudaranya itu dalam keadaan teruk selain masih trauma dengan apa yang berlaku.

Sebelum itu, pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki didakwa tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur sejak 3 Oktober lalu selepas membuat urusan penjualan telefon dengan pelanggan yang tidak dikenalinya dan kali terakhir dikesan berada di Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!