OBK: Enam ekor murai batu dirampas
KUALA KRAI - Polis merampas enam ekor burung murai batu menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di kilometer 54 -108 jalan Kota Bharu-Gua Musang dan kilometer 96 jalan Kota Bharu-Gua Musang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamed berkata, rampasan itu dilakukan hasil maklumat, risikan dan kerjasama dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Kesalahan itu dilakukan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut beliau, operasi tersebut melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dengan kerjasama Perhilitan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Krai.
Ujarnya, sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh polis sepanjang operasi itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!