Al-Sultan Abdullah berkenan beli sata, pulut panggang

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tertarik dengan juadah yang dijual peniaga Bazar Ramadan Taman Kerang hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berbuka puasa bersama rakyat Pahang di sini tadi.

Turut mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berbuka puasa di Padang Majlis Perbandaran Kuantan dan melawat bazar Ramadan Mahkota Square di sekitar padang tersebut.

Keberangkatan tiba baginda dan isteri pada jam 6.50 petang itu disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan exco dan agensi kerajaan.

Baginda juga turut bersalaman dan meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga dan turut membeli juadah makanan di bazar tersebut dan antara makanan yang dibeli oleh baginda dan isteri adalah sata, air kathira, teh susu, pulut panggang, puding raja dan pelbagai jenis kek.

Bagi peniaga sata Safiuddin Omar, 27, dirinya terkejut dan gembira apabila Al-Sultan Abdullah berkenan untuk membeli sata dan pulut panggang yang dijualnya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tertarik dengan juadah yang dijual peniaga Bazar Ramadan Taman Kerang hari ini. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tertarik dengan juadah yang dijual peniaga Bazar Ramadan Taman Kerang hari ini. - Foto Bernama

"Saya pada mulanya macam tidak percaya melihat tuanku berada di depan gerai saya, ini adalah kali pertama saya ada pelanggan diraja sejak tiga tahun berniaga di sini.

"Saya berbesar hati kerana sata yang juga resepi keluarga saya menjadi sebahagian daripada juadah berbuka tuanku berdua untuk hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Peniaga kek, Mohd Rosdi Dol, 41, berkata, dia sememangnya mengetahui Al-Sultan Abdullah akan berangkat mengunjungi bazar berkenaan namun tidak menyangka gerainya menjadi tempat persinggahan pertama baginda.

"Baginda bertanya kek mana yang sering menjadi pilihan pelanggan dan saya memberitahunya kek durian cheese, tiramisu, pandan layer dan peanut butter.

"Baginda kemudiannya meminta saya membungkuskan empat jenis kek berkenaan..ia adalah pengalaman paling bermakna sepanjang lima tahun berniaga di sini," katanya.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya beramah mesra bersama rakyat yang berbuka puasa di padang dihadiri kira-kira 1,000 rakyat yang teruja dan seronok dapat bersalaman dan merakamkan gambar kenangan bersama baginda.

Baginda dan Permaisuri serta keluarga turut berbuka puasa di padang tersebut diiringi Wan Rosdy yang berlapikan tikar mengkuang.

Al-Sultan Abdullah dan hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isyak serta solat sunat tarawih.

Siaran langsung Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli beramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Wednesday, May 15, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!