Gambar tular harimau belang berkeliaran bukan di Johor - Perhilitan

Perhilitan Johor menafikan seekor harimau belang berkeliaran di Air Tawar 5, Semenchu, Kota Tinggi sebaliknya mendakwa kejadian itu berlaku di Perak.
Perhilitan Johor menafikan seekor harimau belang berkeliaran di Air Tawar 5, Semenchu, Kota Tinggi sebaliknya mendakwa kejadian itu berlaku di Perak.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menafikan dakwaan seekor harimau belang dewasa berkeliaran di Air Tawar 5, Semenchu, Kota Tinggi seperti yang tular dalam media sosial.

Pengarahnya, Aminuddin Jamin berkata, gambar yang tular dalam Facebook itu sebenarnya di Perak dan bukan di negeri ini.

"Gambar berkenaan bukan berlaku di Johor tetapi di Perak pada penghujung Julai lalu," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas dakwaan tersebut yang tular sehingga mengundang kebimbangan orang ramai terutama penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Menerusi maklumat yang tular itu mendakwa gambar tersebut adalah kejadian di Air Tawar 5, Semenchu dan juga di Perak.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bimbang dengan keselamatan kumpulan pekebun di sekitar Felda tersebut dan diminta lebih berhati-hati.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!