Anwar tidak sokong tubuh parti politik baharu

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Tegas Pejabat Perdana Menteri (PMO), pihaknya memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama Anwar bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran.

Menurut pejabat berkenaan, tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Anwar dan pentadbiran kerajaan.

"Sehubungan itu, PMO menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarakan oleh mana-mana pihak," kata pejabat itu menerusi kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!