Pembantu am, ejen insuran rugi lebih RM425,000

Seorang pembantu am dan ejen insurans menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian dengan kerugian keseluruhan mencecah lebih RM425,000. - Gambar hiasan, gambar kecil: Yahaya
Seorang pembantu am dan ejen insurans menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian dengan kerugian keseluruhan mencecah lebih RM425,000. - Gambar hiasan, gambar kecil: Yahaya
A
A
A

KUANTAN - Seorang pembantu am dan ejen insurans menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian dengan kerugian keseluruhan mencecah lebih RM425,000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian pertama berlaku ke atas seorang pembantu am sebuah sekolah di Bera, Jun lalu.

Menurutnya, mangsa berusia 55 tahun menerima panggilan daripada individu menyamar sebagai pegawai PERKESO Kuantan yang mendakwa lelaki itu membuat tuntutan insurans kerana terlibat kemalangan jalan raya.

"Mangsa menafikannya namun saspek menyambungkan panggilan kepada ' pegawai polis' dan dikaitkan pula dengan kes penggubalan wang haram.

"Suspek mengarahkan mangsa memindahkan wang ke akaun bank kononnya milik Juruaudit Amla Bank Negara bagi tujuan siasatan," katanya.

Yahaya berkata, bimbang berdepan tindakan undang-undang, mangsa akur apabila membuat 11 transaksi pembayaran menggunakan wang simpanan melalui lapan akaun berbeza berjumlah RM200,500 sebelum menyedari ditipu.

Dalam kes berasingan, seorang ejen insurans berusia 68 tahun kerugian RM224,733 apabila menjadi mangsa tawaran pelaburan saham melalui aplikasi You Tube.

Menurutnya, mangsa melihat iklan pelaburan itu 20 April lalu dan berminat untuk menyertainya sebelum ditawarkan pilihan sama ada menyertai pelaburan saham atau membeli mata wang asing melalui sebuah syarikat dengan pulangan lumayan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa tertarik menyertainya apabila dijanjikan pulangan dalam tempoh tiga hingga enam bulan sahaja sebelum berurusan dengan suspek melalui aplikasi Whatsapp.

"Mangsa membuat bayaran pelaburan sebanyak 28 kali melalui 14 akaun bank berbeza menggunakan wang simpanan.

"Mangsa syak telah ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan," katanya.

Yahaya berkata,orang ramai yang menerima panggilanmeragukan dinasihatkan agar membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

"Jangan mudah terpedaya dengan pelaburan janjikan pulangan lumayan dalam masa singkat dan sekiranya diminta untuk memberikan maklumat perbankan, jangan mudah percaya atau dedahkan maklumat itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!