Ketua perwakilan pikul tanggungjawab besar - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul bersama bakal Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia di Wisma Putra pada Isnin. Foto: Twitter Tengku Zafrul.
Tengku Zafrul bersama bakal Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia di Wisma Putra pada Isnin. Foto: Twitter Tengku Zafrul.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima kunjungan hormat daripada bakal Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia di Wisma Putra pada Isnin.

Beliau berkata, ketua perwakilan memikul tanggungjawab besar untuk terus memupuk hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dan negara tuan rumah termasuk ekonomi, perdagangan serta pelaburan.

"Saya telah menerima kunjungan hormat dari bakal Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah.

"Mereka memainkan peranan signifikan dalam meningkatkan diplomasi ekonomi perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing bagi pertumbuhan ekonomi negara," katanya menerusi hantaran di X.

Pada Sabtu lalu, beliau menemani Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Erick Thohir yang melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Tengku Zafrul turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir bagi sesi kunjungan hormat itu.

"Teruskan usaha melaksanakan diplomasi ekonomi bagi meningkatkan lagi perdagangan antarabangsa dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia," ujarnya.

Artikel Berkaitan: