Mayat tanpa identiti ditemukan dalam kolam

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam kolam oleh orang awam.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam kolam oleh orang awam.
A
A
A

ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam kolam di Jalan Panchor, dekat Pokok Sena, di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, mayat berkenaan ditemukan orang awam pada jam 11 pagi sebelum laporan polis dibuat.

Katanya, setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti bagaimanapun berdasarkan suntikan BCG pada bahu mayat berkenaan disyaki warga tempatan.

"Setakat ini polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Syed Basri berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) juga belum dapat dipastikan lagi sebab kematian mangsa.

"Bagaimanapun tidak mempunyai tanda-tanda yang si mati meninggal akibat unsur jenayah.

"Spesimen berkaitan mangsa juga telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan keputusan. Kita sedang menunggu ujian dari Jabatan Kimia untuk mengetahui sebab kematiannya," katanya.

Ujarnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta datang ke Balai Polis Pokok Sena untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!