Tuntutan SMUE sebelum 31 Mei

YAWAS
YAWAS
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) memaklumkan mengenai tuntutan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) boleh dibuat sebelum 31 Mei ini.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook memaklumkan ia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

"Tuntutan sebanyak RM2,500 itu tertakluk kepada warga emas atau orang kelainan upaya (OKU) yang meninggal dunia sebelum 30 April 2019 sahaja.

"Tarikh tutup penghantaran dokumen lengkap bagi tuntutan khairat kematian SMUE sebanyak RM2,500 adalah sebelum 31 Mei ini.

"Kelewatan penghantaran dokumen tuntutan selepas tarikh itu akan menyebabkan waris gagal menerima wang khairat kematian,” katanya.

Jelasnya untuk makluman lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang http://ipr.yawas.my/skim-mesra-usia-emas/ atau hubungi YAWAS careline di 03-5481 8800.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!