Hanya Syed Saddiq datang jumpa, bincang soal peruntukan - Fadillah

Fadillah (dua dari kiri) menunjukkan buku khas sempena ulang tahun jubli emas LKTN pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Kota Bharu.
Fadillah (dua dari kiri) menunjukkan buku khas sempena ulang tahun jubli emas LKTN pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang datang berjumpa beliau bagi membincangkan soal peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.

Beliau sebaliknya berkata, Perikatan Nasional (PN) masih belum berbuat demikian termasuklah menulis surat berhubung perkara tersebut.

"Ia termasuklah dari Ketua Whip Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainuddin). Pertemuan sebelum ini hanyalah melibatkan perkara-perkara lain dan bukan soal peruntukan," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin selepas diminta mengulas mengenai pertemuan antara pembangkang dengan kerajaan melibatkan agihan peruntukan.

Sebelum itu, beliau merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di sini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang akan disalurkan jika mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan berhubung perkara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini, tiada perbincangan dibuat di antara wakil pembangkang dengan kerajaan mengenai rundingan peruntukan ahli Parlimen

Anwar berkata, kerajaan melantik Fadillah bagi membincangkannya dan kaedah itu sama seperti ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!