JAIS saran masjid, surau laksana solat hajat untuk rakyat Palestin

JAIS juga menyeru semua masjid dan surau di seluruh Selangor melaksanakan bacaan Qunut Nazilah selama tujuh hari berturut-turut. - Foto hiasan
JAIS juga menyeru semua masjid dan surau di seluruh Selangor melaksanakan bacaan Qunut Nazilah selama tujuh hari berturut-turut. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama lslam Selangor (JAIS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS turut menyokong penuh apa juga tindakan rakyat Palestin dalam mempertahankan maruah dan tanah air Baitul Aqsa.

Sehubungan dengan itu, menurutnya, JAIS menyeru semua masjid dan surau di seluruh Selangor bersoladariti dengan melaksanakan solat hajat selepas solat Maghrib atau lsyak serta bacaan Qunut Nazilah selama tujuh hari berturut-turut.

"Ini bagi mengharapkan bantuan daripada ALLAH SWT agar rakyat Palestin diberikan kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan tanah suci Baitulmaqdis daripada cengkaman imperialisme," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, semoga kemenangan dan keamanan buat rakyat Palestin akan tercapai dengan doa seluruh umat Islam lalu memperoleh bantuan daripada ALLAH SWT.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!