Semua agensi diarah siap siaga hadapi banjir - Fadillah

Fadzillah (empat dari kiri) bertemu ketua jabatan pada Majlis Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan, di sini pada Selasa.
Fadzillah (empat dari kiri) bertemu ketua jabatan pada Majlis Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan, di sini pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Semua jabatan dan agensi di seluruh negara perlu memberi sepenuh sokongan kepada agensi dan pasukan keselamatan terlibat secara langsung dalam persediaan menghadapi bencana banjir.

Antara agensi penting itu termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan keselamatan yang terlibat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perancangan dan persediaan menghadapi banjir antara penekanan penting bagi memastikan semua berjalan lancar.

"Keselamatan serta kebajikan mangsa perlu dititikberatkan di samping kesiapsiagaan khususnya pemberi bantuan dalam menguruskan sumber dan logistik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan, di sini pada Selasa.

Fadillah turut memaklumkan penyelarasan menyeluruh oleh agensi dan jabatan terlibat amat kritikal khususnya di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.

"Jadi, persiapan awal penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Kelantan menerima peruntukan sebanyak RM122 juta membabitkan pelbagai jenis bantuan banjir kepada mangsa di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya percaya pelaksanaan projek fizikal berkaitan tebatan banjir seperti Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang mencecah RM1.3 Bilion dapat membantu mengurangkan kesan banjir," katanya.

Jelasnya, antara antara agenda mesyuarat berkenaan ialah pembentangan kertas kerja berkaitan keselamatan sempadan dan persediaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang kelazimannya akan mengakibatkan bencana banjir di pantai timur khususnya negeri Kelantan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!