AMD Dream ikat juara bertahan

AMD Dream mengikat kelab Croatia, Nk Osijek.
AMD Dream mengikat kelab Croatia, Nk Osijek.
A
A
A

AMD Dream tampil cemerlang untuk mengikat juara bertahan dari Croatia, NK Osijek 1-1 dalam aksi Bawah 14 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023.

Ketua jurulatih AMD Dream, Ahmad Shahir menyifatkan keputusan seri adalah satu keputusan positif dan langkah permulaan untuk ke pentas final.

“Saya berpuas hati dengan persembahan pemain, cuma ada satu dua perkara yang perlu diperbaiki pada perlawanan yang seterusnya, terutamanya kesilapan mudah ketika bertahan.

“Untuk kejohanan kali ini sasaran pasukan adalah ke pentas final dan mengharapkan satu mata diraih akan menjadi langkah permulaan ke pentas final,” katanya yang melihat NK Osijek, Buriram United (Thailand) dan Shonan Bellmare (Jepun) sebagai pencabar kejuaraan.

Pada aksi yang berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, Pahang NK Osijek terpaksa bekerja keras sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 pada aksi tersebut.

Kelab yang berpengkalan di Croatia itu terlebih dahulu di depan seawal minit ke-43 hasil jaringan Jakov Dedic sebelum Arfan Haziq Ahmad Marzuki menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-50.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih NK Osijek, Ante Bekavic menyifatkan AMD Dream memiliki kualiti permainan yang bagus dan dapat memberikan saingan.

“Perlawanan yang menarik dan bagus buat pasukan terutamanya pemain-pemain baharu yang dibawa, keputusan seri 1-1 adalah adil buat kedua-dua pasukan.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih kepada penganjur (MSN) yang mengadakan kejohanan untuk pemain-pemain muda membuktikan kemampuan yang dimiliki,” katanya.

Sementara itu, dalam perlawanan, Sekolah Sukan Bukit Jalil/CZA NFDP (Malaysia) terpaksa akur dengan Buriram United (Thailand) selepas tewas 2-4.

SSBJ terlebih dahulu berada di depan pada minit ke 21 menerusi gol yang dijaringkan Akif Akimi Azizan sebelum selang sembilan minit kemudian Buriram United menyamakan kedudukan menerusi Phonphitak Rungrueang untuk kedudukan 1-1.

Buriram United mendahului SSBJ untuk kedudukan 2-1 selepas Natawan Tapabnam meledak gol kedua pada minit masa kecederaan separuh masa pertama.

Ahmad Haziq Hakimi memastikan keputusan kembali seimbang selepas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41 namun hanya mampu bertahan enam minit apabila pemain Buriram United menjaringkan gol ketiga menerusi Sorawit Srilang sebelum Phanuwit Jeyakom menjaringkan gol keempat minit ke-67 untuk memastikan perlawanan berakhir dengan keputusan 4-2.

“Perlawanan hari ini tidak mengikut matlamat (perancangan/taktikal) dan kami akan perbaiki beberapa kelemahan pada perlawanan akan datang.

“Matlamat pasukan pada kejohanan kali ini adalah sama seperti tahun sebelumnya iaitu bergelar juara,” katanya.

Lain-lain keputusan yang berlangsung hari ini adalah seperti berikut:-

Bawah 14 Tahun

AMD Future (2) – Spartak Trnava (2)

Shonan Bellmare (1) – Piraya Football

Bawah 13 Tahun

AMD Dream (4) – Zhejiang Professional FC (0)

Lech Poznan (4) – Hong Kong FA (3)

Chonburi FC (4) – Fagiano Okayama (2)

AMD Future (0) – Evergrande Football School (7)

Bawah 12

NFDP A (5) – Asiop Football Academy (1)

NFDP B (1) – Johor Darul Ta’zim (4)

NFDP C (1) – Zhejiang Professional FC (2)

NFDP B (7) – Apuesto Bueno FC (0)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!