Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Hukuman ibu, tomboy dera kanak-kanak ditangguh akibat hakim bercuti sakit

10 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 10 OKTOBER 2023

Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa menangguhkan prosiding melibatkan fakta dan hukuman terhadap seorang ibu tunggal bersama rakan wanita yang berperwatakan seperti lelaki (tomboy), atas pertuduhan mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang juga merupakan anak kandungnya, ke 1 November 2023, kelak, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Penangguhan tersebut dimaklumkan oleh pihak Mahkamah, susulan hakim yang mengendalikan kes berkenaan, VM Mabel Sheela bercuti sakit (MC), pada Selasa.

Kedua-dua tertuduh yang kini ditahan di penjara Simpang Renggam tiba ke mahkamah pada jam 8.40 pagi dengan diiringi polis.

Ibu tunggal berkenaan bagaimanapun dilihat mengalami sedikit kesukaran untuk berjalan kerana dimaklumkan telah terjatuh ketika berada di bilik air di Penjara Simpang Renggam.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1