Sembilan terperangkap bangunan runtuh di Shanghai
SHANGHAI - Sekurang-kurangnya sembilan orang terperangkap selepas bangunan menempatkan pejabat pengedar automotif di Shanghai, China runtuh hari ini.
Lapor media tempatan, bangunan tersebut sedang menjalani kerja pengubahsuaian.
Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menarik keluar 11 mangsa ke kawasan selamat.
Kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi (waktu tempatan) di sebuah kawasan di tengah Shanghai, kata Kementerian Pengurusan Kecemasan China di platform media sosial.
Setakat ini tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!