Swcorp serbu 23 tapak pelupusan
Tindakan itu hasil 23 serbuan yang dijalankan pasukan penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Swcorp) daerah Lipis di bebrapa tapak pelupusan haram yang dikenalpasti.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Swcorp)Pahang, Azman Omar berkata, setakat ini 12 kes dibuka kertas siasatan melibatkan tiga tapak pelupusan haram dan sembilan individu sebagai pelaku.
“Pada 11 Disember lalu, seorang kontraktor didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub atas dakwaan membuang sisa pepejal terkawal dalam milikan di tanah rizab Jabatan kerja Raya (JKR) di Bandar Baru Kuala Lipis.
“Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007,” katanya.
Azman berkata, jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak kurang 10 bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Katanya, Swcorp Pahang akan terus meningkatkan usaha menggempur lokasi pembuangan sampah haram di negeri ini.
“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terus berdegil membuang sampah di tapak pelupusan haram.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat termasuk didakwa di mahkamah jika tertangkap,” katanya.
Menurutnya, semua pihak diminta supaya membuang sampah di tempat yang disediakan bagi mengelak tindakan tegas termasuk tanah terlibat boleh disita.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!