Remaja bunuh diri lepas undian mati disyaki alami kemurungan

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Remaja yang membunuh diri selepas mendapat undian 69 peratus dalam Instagramnya untuk beliau ‘mati’ dipercayai mengalami masalah kemurungan, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa.

“Bagaimanapun berdasarkan keterangan yang diambil dari ibu mangsa, beliau tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah-laku sebelum kejadian itu berlaku.

“Menurut ibunya, mangsa rapat dengan bapa tirinya, namun sejak bapa tirinya itu berkahwin dengan perempuan warganegara Vietnam, dia jarang balik ke Kuching untuk berjumpa dengan mangsa. Hal tersebut menyebabkan mangsa berasa sedih,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Merbin berkata siasatan masih dijalankan, termasuk mendapatkan keterangan daripada pihak sekolah dan rakan-rakan mangsa yang terdekat.

Baru-baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan kematian seorang remaja perempuan yang membunuh diri setelah mendapat undian sebanyak 69 peratus untuk ‘mati’ di laman sosial Instagram.

Berdasarkan laporan media, mangsa memuat naik status undian “Really Important, Help Me to Choose D/L” (D bermaksud mati dan L bermaksud Hidup) di Instagramnya.

Selain itu juga, mangsa juga turut memuat naik status di laman sosial Facebook.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kenyataan agar pengguna media sosial lebih prihatin dan peka kepada sebarang catatan yang dilihat cenderung ke arah tindakan membunuh diri, bagi mengelakkan insiden tersebut berulang.

Artikel Berkaitan:

SKMM berkata laporan perlu dibuat terus kepada polis, anggota keluarga dan sahabat handai individu yang terlibat.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!