Petua cari jodoh buat yang masih 'single'

Jodoh pasti akan datang cuma cepat atau lambat.
Jodoh pasti akan datang cuma cepat atau lambat.
A
A
A

SOAL jodoh adalah isu yang sangat sensitif. Bila ditanya pasal jodoh pasti ada yang berkecil hati. Sukar hendak diterjemahkan kerana jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Pun begitu, buat mereka yang belum diketemukan

jodoh boleh mengikut petua ini, yang penting berusaha. Lambat atau cepat semua urusan Tuhan.

1) Perbetulkan kembali niat

Dalam apa-apa perkara, semuanya kembali kepada niat. Jika niat kita ikhlas, maka kita akan dapat sesuatu sejajar dengan apa yang kita niatkan.

Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana kerana Allah, InsyaAllah, beliau akan pertemukan anda dengan seseorang yang memiliki niat yang sama.

2) Muhasabah dan menerima kekurangan diri

Tidak ada salahnya kerana sudah lumrah manusia mahukan sesuatu yang paling cantik seperti juga ketika membeli beg tangan.

Begitu juga berkenaan dengan soal jodoh. Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, melihat dan menilai kekurangan pada diri anda. Harus diingat bahawa bab penampilan antara faktor yang penting dalam mencari jodoh, jadi perbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, bersukan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

3) Tingkatkan rasa percaya pada diri dan ketepikan rasa malu tidak bertempat

Jangan pernah menyerah kalah dalam soal mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit.

Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.

Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?

4) Memperluaskan jaringan pergaulan

Antara sebab anda lambat bertemu jodoh lantaran kurangnya pergaulan dengan masyarakat.

Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dalam kalangan sanak saudara mereka.

Jangan malu untuk meminta bantuan mereka dan mengulangi permintaan anda secara rutin agar dia sentiasa ingat bantuan yang dipinta.

5) Baiki diri sendiri dahulu

Jika inginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan diri anda juga baik dalam beragama.

Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak anda seperti solat tepat pada waktu, membaca ayat suci al-Quran setiap hari dan lakukan solat dhuha dan tahajud secara kerap.

6) Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga

Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Adakah sudah tertunai semuanya?

Dalam bab ini anda perlu bersangka baik dengan Allah, mengambil pendekatan positif mungkin beliau inginkan anda yang masih ‘single’ untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.

Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan.

7) Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain

Jika mahukan jodoh cepat maka anda juga perlu mendekati Allah dengan lebih dekat.

Selain ibadat wajib, anda juga perlu menambah ibadat sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah al-Quran, infaq, dan lain-lain.

Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat dhuha.

8) Lapangkan hati dan fikiran

Anda digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba.

Secara tidak sedar, anda akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat. Latih minda anda untuk lebih fokuskan kepada kebaikan dan kelebihan diri sendiri.

Ingat, pemikiran negatif hanya akan melemahkan dan memerangkap anda dalam kesedihan.

Impian untuk hidup bersama akan jadi kenyataan bila tiba masanya.
Impian untuk hidup bersama akan jadi kenyataan bila tiba masanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!