Khairat kematian SMUE: Dokumen tuntutan sebelum 31 Mei 2019

Kenyataan media oleh YAWAS berkaitan peringatan tarikh tutup penghantaran dokumen bagi tuntutan khairat kematian SMUE adalah sebelum atau pada 31 Mei 2019.
Kenyataan media oleh YAWAS berkaitan peringatan tarikh tutup penghantaran dokumen bagi tuntutan khairat kematian SMUE adalah sebelum atau pada 31 Mei 2019.
A
A
A

SHAH ALAM - Tarikh tutup penghantaran dokumen bagi tuntutan khairat kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjumlah RM2,500 adalah sebelum atau pada 31 Mei 2019.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Gan Pei Nei berkata, tuntutan itu hanya tertakluk bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas serta golongan orang kurang upaya (OKU) yang meninggal dunia sebelum tarikh 30 April 2019 dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan di bawah skim tersebut.

"Kelewatan penghantaran dokumen tuntutan selepas tarikh tutup akan menyebabkan waris gagal untuk menerima wang khairat kematian itu.

"Sebarang pertanyaan sila hubungi YAWAS careline di talian 03-5481 8800 atau layari laman web http://ipr.yawas.my/skim-mesra-usia-emas/," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Skim SMUE dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober 2008 dan merupakan salah satu dari tujuh agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Skim SMUE ini bermula sebagai skim khairat kematian kepada warga emas dan OKU yang layak sebanyak RM 2,500.

Bagaimanapun bermula 1 Mei 2019, program khairat kematian dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat masa hidup dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM 100 setahun kepada warga emas / OKU yang layak, sempena musim perayaan dan dijangka bermula pada bulan Oktober 2019.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!