Kambing bakar maghribi tarikan iftar di RHR Hotel @Uniten

Kambing bakar maghribi enak dinikmati bersama nasi arab.
Kambing bakar maghribi enak dinikmati bersama nasi arab.
A
A
A

BANGI - Kambing bakar maghribi diperap pelbagai rempah ratus yang dihidangkan panas bersama nasi arab antara menu istimewa disajikan di RHR Hotel @Uniten, di sini sepanjang Ramadan.

Chef Eksekutifnya, Suhaimi Ibrahim berkata, sajian itu sesuai dengan konsep Iftar Nusantara yang diketengahkan.

Menurutnya, konsep itu dipilih bagi mengimbau kenangan ketibaan para pedagang Timur Tengah ke nusantara dengan membawa pelbagai pengaruh rempah ratus dan perasa.

Chef Suhaimi memotong kambing bakar maghribi untuk disajikan kepada pelanggan yang berbuka puasa di Jupiter Coffee House, RHR Hotel @Uniten.
Chef Suhaimi memotong kambing bakar maghribi untuk disajikan kepada pelanggan yang berbuka puasa di Jupiter Coffee House, RHR Hotel @Uniten.

"Saya mengekalkan resipi asli dalam penyediaan makanan di hotel ini kerana 90 peratus pelanggan terdiri daripada orang Melayu.

"Pemilihan menu pula dibuat berdasarkan perbincangan di antara pihak pengurusan hotel dan maklum balas pelanggan. Sajian mana yang ramai pelanggan suka, kita akan sediakan," katanya.

Beliau berkata, RHR Hotel @Uniten yang mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menyajikan lebih 100 jenis juadah pada Ramadan kali ini.

Katanya, antara juadah popular lain yang boleh dinikmati pelanggan ialah bebek tepi tasik, ayam sumur, kuali teppanyaki, sushi gulung jepun, serawa durian dan sate kajang.

Artikel Berkaitan:

Bebek tepi tasik antara sajian istimewa yang disediakan sepanjang Ramadan di RHR Hotel @Uniten.
Bebek tepi tasik antara sajian istimewa yang disediakan sepanjang Ramadan di RHR Hotel @Uniten.

Suhaimi berkata, pencuci mulut yang dihidang pula 50 peratus adalah sajian barat manakala selebihnya kuih-kuih tradisional Melayu.

Bufet Iftar Nusantara berharga RM75 untuk dewasa, RM55 bagi warga emas dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun dikenakan RM38.

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau dan parkir kereta yang luas serta percuma untuk keselesaan pelanggan.

Bufet Iftar Nusantara menyajikan lebih 100 jenis juadah.
Bufet Iftar Nusantara menyajikan lebih 100 jenis juadah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!