Sultan Selangor raikan warga UiTM Shah Alam

Salah seorang daripada 39 pelajar asnaf menerima sumbangan zakat dari Sultan Selangor hari ini.
Salah seorang daripada 39 pelajar asnaf menerima sumbangan zakat dari Sultan Selangor hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan dari Pusat Zakat UiTM sebanyak RM19, 900 kepada 39 asnaf pelajar UiTM.

Asnaf pelajar yang menerima sumbangan terdiri daripada 14 asnaf fakir, 13 asnaf miskin, sembilan asnaf fi sabilillah dan tiga asnaf mualaf.

Setiap asnaf terbabit menerima sumbangan zakat berjumlah antara RM500 hingga RM1,200 bagi pelajar ijazah sarjana muda dan RM600 hingga RM800 bagi pelajar jurusan diploma.

Sultan Sharafuddin (lima, kanan) bersama Amirudin (enam, kanan), Syed Zainal Abidin (empat, kanan) dan Mohd Azraai (tiga, kanan) bersedia untuk membaca Yassin bersama semua warga UiTM yang hadir hari ini.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin hadir diringi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.

Selain berbuka puasa bersama warga UiTM, Sultan Sharafuddin turut berkenan mengerjakan solat maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!