Aksi pemuda tiru gaya wartawan cuit hati ramai
MANILA - Gelagat seorang pemuda dari Filipina meniru gaya wartawan membuat liputan kini tular di laman sosial negara itu.
Dalam video dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Regie Panaligan Ganadillo, kelihatan rakannya, Nery Tan Caspe dengan selamba beraksi sebagai wartawan yang sedang membuat liputan ketika beratur di sebuah pusat undian di daerah Silang.
Menggunakan payung sebagai mikrofon, pemuda tersebut tidak kekok membuat ulasan tentang suasana di pusat undian itu.
Ternyata gelagat Caspe dalam video yang mendapat lebih 400,000 tontonan itu berjaya mencuit hati pengguna media sosial.
Malah ramai yang memujinya mempunyai bakat semulajadi di hadapan kamera. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!