Pemandu teksi cedera di kaki
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi cedera di kaki akibat tersepit dalam kemalangan melibatkan teksi dipandunya dengan sebuah kereta Toyota Camry, di Jalan Genting Klang, di sini awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 2.17 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke lokasi kejadian.
"Apabila sampai di lokasi kejadian didapati kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Toyota Camry dan teksi.
"Terdapat seorang mangsa seorang lelaki tersepit iaitu pemandu teksi, Maniam Subramaniam berumur 50-an di tempat pemandu dan mengalami kecederaan di bahagian kaki.
"Manakala mangsa Toyota Camry tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh anggota pada jam 2.40 pagi dan diserahkan kepada pihak ambulan untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!