Bella mahu jadi ibu terbaik buat Ayden

Bella Astillah. Foto Instagram Bella Astillah
Bella Astillah. Foto Instagram Bella Astillah
A
A
A

BEKAS isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mengakui reda dengan segala yang telah berlaku dalam hidupnya.

Nekad untuk memulakan hidup baharu, Bella berkata, apa yang diharapkan dia dapat menjadi ibu yang baik buat anaknya, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun.

"Alhamdulillah semua dipermudahkan tadi (semalam). Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff.

"Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Dan terima kasih yang tak putus-putus mendoakan saya dan keluarga.

"Apa yang terjadi adalah takdir ALLAH SWT dan Bella reda. ALLAH SWT tahu yang terbaik," ujar pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25 tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff, Bella sah bercerai

ARTIKEL BERKAITAN:Suami selalu curang, kata Bella

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!