Johor tunggu laporan Jabatan Perhutanan

Dr Sahruddin Jamal
Dr Sahruddin Jamal
A
A
A

PAGOH - Kerajaan Johor akan meminta laporan penuh dari Jabatan Perhutanan berhubung isu penyelewengan kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lenggor, Mersing.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, laporan itu penting sebelum satu tindakan tepat diambil bagi menyelesaikan masalah itu.

“Kerajaan Johor akan meminta Jabatan Perhutanan untuk lihat sendiri apa tindakan proaktif yang perlu kerajaan negeri ambil.

“Jadi, kita tunggu dahulu laporan dari pihak berkenaan,” katanya ringkas.

Terdahulu, Dr Sahruddin ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Serta Penyampaian Sumbangan dalam Parlimen Pagoh di Masjid Jamek Panchor, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan kerajaan negeri dipercayai mengalami kerugian ratusan juta ringgit akibat penyelewengan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lenggor dekat Mersing, sejak sekian lama.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PH Johor, Khairuddin A Rahim selepas mengadakan lawatan di situ akhir bulan lepas dan mendapati pembalakan dengan cara tidak sepatutnya masih berlaku sehingga kini.

Sehubungan itu, Khairuddin yang juga ADUN Senggarang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor semalam, supaya siasatan berhubung perkara dapat dilakukan bagi melindungi khazanah negeri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!