IPGKSM terus perjuang bahasa, sastera


Che Zainab (tengah) dan Muhammad Sidek (empat, kanan) pada program Seminar Wacana Sastera, Seni dan Kreativiti Dalam Pendidikan Abad 21 peringkat negeri Terengganu di IPGKSM.
Che Zainab (tengah) dan Muhammad Sidek (empat, kanan) pada program Seminar Wacana Sastera, Seni dan Kreativiti Dalam Pendidikan Abad 21 peringkat negeri Terengganu di IPGKSM.
A
A
A
INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) terus memartabatkan bidang kesusasteraan dengan menganjurkan Seminar Wacana Sastera, Seni dan Kreativiti Dalam Pendidikan Abad 21 peringkat negeri Terengganu.

Pengarah IPGKSM, Muhammad Sidek Said berkata, seminar itu disertai 200 peserta terdiri daripada warga pendidik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut dan Setiu selain PPD Kota Bharu, Pasir Putih, Tumpat, Kelantan.

Menurutnya, program tersebut anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Jabatan Pengajian Melayu IPGKSM dan Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita) yang berlangsung di Dewan Al Khindi kampus berkenaan,

“Pensyarah akademik IPGSM dan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu turut mengambil bahagian dalam usaha untuk memperkasakan pendidikan kebangsaan melalui Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) dan mendedahkan sastera serta seni kreatif sebagai elemen penting dalam sistem PAK21.

“Seminar ini juga bertujuan memperkenal penulis sebagai aset berharga yang boleh dimanfaatkan oleh setiap sektor pendidikan dan memberi galakan kepada penulis untuk menghasilkan karya bermutu,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Wacana dirasmikan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Che Zainab Omar.

Hadir sama, Ketua Satu Persatuan Sasterawan Terengganu, Kamarulzaman Ismail; Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPGKSM, Shamsuddin Ngat Denin dan AJK Pelita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!