8,000 penjawat awam Pahang dapat bonus Aidilfitri RM600: MB
KUANTAN - Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan pemberian bonus khas RM600 sempena Aidilfitri kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penerima terdiri penjawat awam negeri gred 54 ke bawah.
Menurutnya, bayaran tersebut menunjukkan peningkatan berbanding RM500 tahun lalu.
“Pejabat Kewangan Negeri kini sedang giat memproses pemberian ini yang dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya 24 Mei.
“Pemberian bonus raya ini sekali lagi membuktikan kemampuan kewangan kerajaan Pahang,” katanya.
Beliau berharap penerima akan dapat menggunakannya bantuan itu sebaik mungkin sebagai persiapan menjelang hari raya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!