Bekas CEO syarikat telekomunikasi ditahan ceroboh rumah bekas isteri

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi yang juga pemuzik tempatan ditahan polis semalam kerana didakwa menceroboh rumah bekas isterinya.

Difahamkan, suspek ditahan antara jam 5.30 petang hingga jam 7 malam selepas dipanggil bagi memberi keterangan kes berkenaan di Balai Polis Hulu Kelang.

Memetik laporan The Star, suspek disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah bekas isteri dan mengeluarkan ancaman maut.

Bapa kepada tiga anak itu juga didakwa telah memecahkan pintu hadapan rumah bekas isterinya sebelum berlaku pertelingkahan dan kekecohan.

Bagaimanapun, kekecohan tersebut berakhir selepas pengawal keselamatan yang mendengar pertelingkahan bekas pasangan suami isteri itu campur tangan.

Dia juga memiliki rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah dan keganasan rumah tangga.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan ada penangkapan dilakukan.

"Ya, ada kes pencerobohan,” katanya. Pemuzik tersebut ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!