Saksi ke-29 dibenar beri keterangan semula
SHAH ALAM - Saksi ke-29 iaitu Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Professor Dr Shahrom Abd Wahid, dibenar memberi keterangan semula oleh Mahkamah Koroner.
Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor.
Dalam permohonan itu, Syazlin turut memohon supaya seorang pakar kejuruteraan mekanikal dipanggil bagi membantu mahkamah berhubung penggunaan formula daya terhadap kecederaan dialami Muhammad Adib.
Pengawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin mencadangkan agar pakar kejuruteraan mekanikal yang akan dipanggil kelak sebagai bebas.
"Bagaimanapun terserah kepada mahkamah," katanya.
Sehubungan itu, Rofiah meminta semua pihak berbincang terlebih dahulu mengenai cadangan nama pakar kejuruteraan yang akan dipanggil.
"Mahkamah perlukan cadangan nama, credentials (sebelum diputuskan)," katanya.
Mahkamah menetapkan perbicaraan inkuiri tersebut bersambung pada 27 dan 28 Mei depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!