Abdul Hadi dakwa Anwar seperti seorang pelakon

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
A
A
A
MARANG - Pas menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pelakon berhubung hasratnya untuk dikenali sebagai pemimpin negara yang memiliki keyakinan teguh terhadap Islam apabila memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelak.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, lakonan Anwar berubah-ubah mengikut keadaan dan ia jelas dilihat berdasarkan majlis dihadiri sebelum ini dengan ada di antaranya menimbulkan kontroversi termasuk membabitkan babak beliau menari.

“Itu gambaran dan rakyat melihat. Di tempat orang Islam, dia begitu, manakala di majlis sambutan Deepavali, cara Deepavali dan sambutan Hari Krismas... cara Krismas.

“Saya tak perlu komenlah, cukuplah dengan apa yang dia (Anwar) lakonkan itu,” katanya ketika ditemui media di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar janji jadi PM yang pertahan Islam

Semalam, Anwar meluahkan hasrat ingin dikenali sebagai pemimpin negara memiliki keyakinan teguh terhadap Islam apabila memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelak.

Di samping itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mahu menjadi pemimpin yang sangat prihatin terhadap orang bukan Islam.

Hasrat itu dinyatakan dalam Majlis Iftar Perdana anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni Kolej Dar al-Hikmah di Kuala Lumpur.

“Saya mahu... Insya-ALLAH jika diberi ruang untuk mentadbir negara ini, tadbir sebagai tokoh yang jelas pendirian dan keyakinan dalam Islam.
Artikel Berkaitan:


“Tetapi dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin dan mengasihani kawan-kawan kita baik dalam kalangan bukan Islam seperti Kristian, Hindu kerana mereka juga warga kita yang setia,” katanya ketika berucap.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!