IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman seorang remaja lelaki yang dituduh mencabul kanak-kanak perempuan kepada tujuh hari mulai 18 Mei sehingga 24 Mei depan. Majistret Nor Azna Tajul Anuar melanjutkan tempoh tahanan reman berkenaan yang sebelum ini telah ditahan reman selama tujuh hari atas tuduhan sama. Tertuduh melakukan perbuatan tidak bermoral itu di rumah ibunya yang juga pengasuh kepada kanak-kanak berkenaan di Taman Lapangan Jaya. Tertuduh difahamkan tidak bersekolah dan sering membantu menjaga anak-anak yang diasuh ibunya. Selain tempoh tahanan reman dilanjutkan, siasatan terhadap tertuduh akan diteruskan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.