Doktor bius didakwa racun 17 pesakit

Frederic Pechier
Frederic Pechier
A
A
A

PARIS - Seorang doktor di Perancis kelmarin didakwa dengan kes baharu melibatkan 17 pesakit diracun dan bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan bersalah.

Pakar bius, Frederic Pechier telah disoal siasat berhubung 66 kes serangan jantung ketika prosedur pembedahan ke atas pesakit berisiko rendah berumur antara empat dan 80 tahun ketika bekerja di dua klinik swasta di bandar Besancon di timur Perancis.

Dia kini dikaitkan dengan 24 kes dan sembilan daripadanya membawa maut.

Pechier, 47, didakwa sengaja mensabotaj rakan sekerjanya untuk mencetuskan situasi kecemasan kerana mahu menunjukkan ‘kebolehannya’ menyedarkan semula pesakit yang mengalami kegagalan jantung.

“Dia sering berada hampir dengan dewan bedah apabila kes seumpama itu berlaku dan akan membuat diagnosis cepat tentang apa prosedur yang akan dibuat. Dia juga sering terlibat dengan konflik terbuka bersama rakan sekerjanya.

“Perchier dipercayai menyuntik ubat bius dalam dos yang tinggi ketika pembedahan,” ujar pendakwa raya, Etienne Manteaux.

Dia bagaimanapun menafikan kesemua pertuduhan tersebut.

Pada Mei 2017, Pechier diletakkan di bawah siasatan pertama melibatkan tujuh kes pesakit diracun dan turut dipecat. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!