PH perlu masa lebih kurang 10 tahun baik pulih ekonomi
Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
A
A
A
Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui pandangan baharu yang telah digariskan kerajaan masa kini, tempoh masa itu dirasakan tepat bagi memastikan pencapaian negara kelak dapat dinikmati secara seiring oleh setiap rakyat.
“Dengan adanya pandangan baharu yang telah dikemukakan kerajaan, kita harap dalam tempoh 10 tahun kepincangan ini terutama daripada segi penguasaan ekonomi akan dapat dibaiki.
“Ia supaya tidak ada kelompok yang maju dan dapat menguasai satu bidang jauh ke hadapan, dan ada satu kelompok masyarakat yang terpaksa tinggal jauh di belakang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan Bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Jamek Nuryakin Gugusan Felda Maokil, di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Justeru, menurut Muhyiddin, semua masyarakat perlu bekerjasama bagi memastikan pencapaian ekonomi terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Terdahulu pada program itu, seramai 100 asnaf menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barang keperluan dapur bagi persiapan menyambut Aidilfitri.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!