Grumpy Cat, legenda internet mati pada usia tujuh tahun
ARIZONA - Kucing yang mendapat jolokan 'bintang internet' kerana memek mukanya dilaporkan mati pada usia tujuh tahun pada Selasa lalu.
Menurut Tabitha Bundesen di Arizona, Amerika Syarikat yang merupakan pemiliknya, Tardar Sauce atau lebih dikenali ramai sebagai Grumpy Cat mengalami komplikasi akibat jangkitan pada saluran kencing.
Grumpy menjadi tular pada 2012 selepas ekspresi muka garang dan masamnya kerana sindrom dwarfism muncul di internet dan turut menjadi meme.
Kucing itu kemudiannya mengelilingi dunia dan kerap muncul di TV malah pernah membintangi filem sempena sambutan Hari Natal pada 2014.
Selain itu, Madame Tussauds di San Francisco juga pernah menghasilkan patung lilin Grumpy pada 2015.
Grumpy mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram. - BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!