Usaha AIM bantu kaum wanita selari hasrat kerajaan

Rina ketika berucap di Majlis Iftar Bersama Media anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia, hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
Rina ketika berucap di Majlis Iftar Bersama Media anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia, hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usaha yang dijalankan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selama ini bagi membantu golongan wanita terutamanya dalam kumpulan B40 adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, usaha murni AIM itu dengan membantu dari segi memberi pinjaman kepada golongan itu ternyata meningkatkan taraf ekonomi mereka, di mana ia bertepatan dengan hasrat kerajaan bagi meringan beban golongan berkenaan.

"Seperti yang semua sedia maklum, AIM merupakan sebuah badan amanah yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan dalam mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.

"Usaha yang dilaksanakan oleh AIM ini adalah untuk mengeluarkan golongan yang sebelum ini berpendapatan rendah dan adanya dibelenggu kemiskinan ke tahap yang lebih baik lagi," katanya sewaktu berucap pada majlis berbuka puasa AIM bersama media di sini hari ini.

Sementara itu, Rina memberitahu, AIM juga berperanan dalam melahirkan usahawan daripada kalangan mereka dengan menyediakan pelbagai pakej kemudahan kewangan mikro, bimbingan dan latihan berterusan.

"Peranan dan fungsi AIM dalam menyediakan pelbagai pakej kemudahan kewangan mikro, bimbingan dan latihan kepada golongan B40 amat dihargai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!